
Kenapa hasil sawit saya rendah?
Panduan menaikkan hasil sawit untuk dapatkan buah sawit berat.
Disclaimer:
Panduan ini adalah asas sahaja. Bukan 100% penyelesaian. Namun dengan asas ini, anda sudah tahu dan ada jalan keluar kepada isu sawit anda.
Link lain-lain:
Hasil sawit saya rendah. Apa perlu saya buat? Sawit saya...
“Memang rendah sejak tanam. Sekali sekala dapat hasil tinggi”
“Sebelum ni hasil selalu tinggi. Sekarang selalu rendah”
Berapa umur pokok sawit anda sekarang?
“Umur pokok sawit 7 tahun ke atas”
“Umur pokok sawit bawah 7 tahun”
Ini adalah normal untuk peringkat umur sawit muda. Peringkat ini sawit baru mula belajar berbuah. Biasanya selepas usia pokok 7 tahun, hasil mula akan tinggi.
Adakah jarak tanaman pokok anda baik? Iaitu sekitar 55 pokok sawit pada seekar tanah?
“Ya. Jarak tanaman pokok sawit saya baik dan cantik”
"Tidak. Pokok sawit saya padat”
Bila sawit padat, pokok bersaing sesama sendiri. Iaitu bersaing dapatkan air, baja dan cahaya. Akibatnya pokok sawit kurus, tirus dan tidak dapat berbuah baik.Cadangan: Buat penjarangan pokok. Iaitu tebang pokok yang terlalu rapat.
Adakah tanah sawit anda jenis berpasir, atau tanah liat, atau tanah gambut?
“Tidak. Tanah sawit saya normal”
“Ya. Tanah sawit saya seperti salah satu jenis tanah tu”
Tanah jenis ni adalah tanah kategori yang kritikal. Contohnya, tanah gambut tidak pegang air dengan baik. Sama juga seperti tanah berpasir.Cadangan: Bina sistem perparitan tertutup supaya boleh kawal kemasukan air.
Ada perubahan cuaca ekstrem dalam tempoh 3 bulan lepas? Contohnya kemarau atau jerebu.
“Tidak. Cuaca semua keadaan baik dan hujan normal”
“Ya. Ada salah satu keadaan cuaca ekstrim berlaku”
Ini adalah faktor luar kawalan. Bila cuaca kemarau, air menjadi kurang. Lalu dalam pokok, tiada aliran membawa baja ke seluruh bahagian pokok.Apabila jerebu, cahaya matahari terlindung, kumbang pendebungaan juga mati. Jadi bunga dan buah sawit tidak terbentuk. Hujan pula boleh menyebabkan musim melawas.Rujuk panduan khas untuk kurangkan kesan musim melawas dan musim hujan lebat.
Adakah anda ada bersihkan kebun menggunakan racun dalam tempoh 3 bulan yang lepas?
"Ya, racun standard tapi biasanya okay"atau“Tidak. Guna tebas dan mesin”
"Ya. Saya meracun kebun dengan jumlah banyak supaya terang kebun sawit dengan cepat”
Racun berlebihan boleh menyebabkan pokok sakit. Akar juga rosak tidak dapat menyerap baja hingga bunga dan buah tidak terbentuk.Cadangan: Biarkan pokok sawit anda pulih sendiri.
Adakah sawit anda terlebih pruning buah sawit tergantung? Atau terkurang pruning?
"Tidak, semuanya pruning elok”
“Ya. Salah satu keadaan di atas”
Bila terlebih pruning, buah sawit akan tergantung. Menyebabkan pokok sawit dan melawas akibat sakit.Cadangan: Kurangkan racun berdekatan pokok tersebut. Gunakan baja organik untuk percepatkan pemulihan pokok.Bila terkurang pruning, buah sawit akan tersepit dan sukar membesar. Pruning semula. Tinggalkan 1 hingga 2 pelepah di bawah buah terakhir.
Lihat pada pangkal pokok sawit. Adakah terdapat kulat atau reput hingga berlubang pada pangkal?
“Tidak. Semuanya sihat dan cantik”
"Ya. Ada tanda kulat dan pangkal juga ada kesan berlubang”
Kemungkinan besar itu adalah serangan kulat ganoderma. Kulat ini merosakkan sistem dalaman pokok sawit.Hasil akan berkurangan dengan ketara. Sampai ketika, pokok sawit akan tumbang.Cadangan: Setakat ini tiada rawatan 100% apabila terkena ganoderma. Kurangkan meracun pada kawasan tersebut.
Adakah terdapat kesan rosak pada buah? Atau pelepah? Atau daun?
“Tidak. Pokok keadaan baik”
“Ya. Ada tanda-tanda rosak”
Sekiranya buah jadi berlubang, itu tanda serangan tikus.Sekiranya pelepah kelihatan berlubang atau patah, kemungkinan serangan kumbang.Sekiranya daun berlubang dan ada kepompong kecil, ada kemungkinan serangan ulat bungkus.Cadangan: Gunakan racun serangga mengikut jenis perosak tersebut. Lakukan dengan segera supaya tidak merebak lebih teruk ke seluruh kebun sawit.
Adakah baja sawit diberikan konsisten dalam tempoh 3 hingga 6 bulan yang lepas?
“Ya. Baja sawit saya konsisten”
"Tidak. Ada terlepas pembajaan”
Bila pokok tidak cukup baja, pokok tersebut kurang bahan untuk membentuk buah sawit. Kesannya, hasil kurang dan banyak bunga sawit jantan yang keluar.Cadangan: Lakukan pembajaan dengan konsisten semula. Supaya pokok sawit tidak terus sakit..
Adakah tanah kebun sawit anda padat?
(Cuba tuang air atas tanah, sekiranya lambat serap, maksudnya tanah padat)
“Tidak. Tanah sawit saya gembur”
“Ya. Tanah kelihatan padat”
Tanah sawit yang padat menyebabkan akar tak berkembang. Air dan baja pula tiada dalam tanah. Menyebabkan tanah tersebut tandus, lalu pokok tidak berbuah baik.Cadangan: Kurangkan racun ketika pemulihan. Kerana racun akan mematikan ekosistem bakteria dan cacing tanah.
Adakah terdapat air bertakung lama atau banjir pada kebun sawit anda?
“Tidak. Tiada air bertakung atau pun sebarang banjir”
“Ya. Ada air bertakung atau pernah banjir beberapa bulan lepas”
Air yang bertakung lama menyebabkan tanah tersebut jadi ‘masam’.Akar jadi rosak, tidak serap baja dan air.Cadangan: Bina sistem saliran, supaya air terperangkap dapat keluar dari kebun sawit.Untuk kawasan banjir pula, anda mungkin perlu lakukan pembajaan kembali selepas habis musim banjir. Supaya pokok dapat zat baja yang diperlukan untuk berbuah.
Adakah pekerja anda mengait buah sawit dengan baik?
Ya. Kait buah seperti biasa”
“Tidak. Ada terlepas kait buah”
Bila terlambat kutip buah sawit, buah akan lerai dan jatuh. Ada masa pekerja tidak kutip buah lerai kerana mengejar masa. Jadi buah yang tinggal hanyalah buah sawit yang banyak lompong dan ringan.Cadangan: Untuk amalan pekebun sawit kecil, kutipkan buah boleh dilakukan setiap 20 hari. Kaedah ini lebih efisyen dari segi kos upah dan hasil yang dapat.
Adakah berlaku kes kecurian buah sawit di kebun sawit anda?
"Ya. Ada kehadiran buah sawit kena curi pada kebun."
Ini bermakna hasil sawit anda kurang kerana telah diambil orang lain.Cadangan: Buat pemantauan dengan rakan kebun sawit sekitar. Lakukan rondaan secara rawak dan bergilir-gilir. Dengan ini, pencuri pun fikir dua kali untuk mencuri.
"Tidak. Tiada sebarang tanda kecurian pada kebun sawit."
Maaf. Kami tidak dapat mengenal pasti punca kekurangan hasil sawit tersebut.Cadangan: Rujuk pegawai MPOB berdekatan untuk dapatkan saranan pemulihan hasil sawit anda.
Panduan mengurangkan kesan musim melawas dan musim hujan
Melawas akibat faktor alam.
Musim melawas begini berlaku biasanya hujung tahun dan awal tahun. Pada tempoh ini, hujan turun dengan kerap dan lebat.Air hujan membawa lari baja dari kebun. Cahaya matahari pula terlindung. Pokok tidak dapat tenaga dan jadi lemah.Dalam keadaan biasa, pokok perlukan tenaga untuk memproses unsur baja butir. Bila melawas, tenaga sawit yang sudah terhad ini tidak dapat disalur kepada pembentukan buah sawit lagi.Keadaan ini menyebabkan pokok tidak stabil. Lalu pokok sawit tidak berbuah baik. Yang terhasil hanyalah bunga sawit jantan.
Kurangkan kesan melawas:
Antara benda yang boleh kurangkan kesan musim melawas adalah menjimatkan tenaga pokok sawit.Iaitu kita berikan baja yang ada bahan sudah siap untuk sawit guna. Tanpa perlukan tenaga yang banyak.Apabila mendapat baja ini, pokok dapat fokuskan tenaga kepada pembentukan buah sawit.
Kaedah tambahan untuk kurangkan kesan musim melawas:
Racun ni boleh menyebabkan akar sakit. Tenaga pokok akan fokus kepada merawat.Boleh gunakan kaedah bersih kebun secara tebas sebelum hujung tahun. Supaya pokok kekal sihat dan tenaga dapat fokus kepada pembentukan buah sawit.
Kenapa buat panduan sawit ni?
Supaya dapat selesaikan masalah sawit ringan. Hasil jadi tinggi, duit jual sawit jadi banyak.
Sekian.
Salam sayang,
Nahar Adam
